TRAVEL HACKING : ALL THE FLIGHT DEALS – RAHSIA BAHARU MEMBURU TIKET MURAH

Posted on Posted in TIPS

14955873_1334040143282131_5541990917804797372_n

 

Hanya yang biasa memburu tiket penerbangan murah memahami keserabutan (yang memuaskan) memilih dan membandingkan harga flight dari pelbagai OTA (seperti Skyscanner & Momondo), syarikat penerbangan, dan juga destinasi termurah dari sesebuah lapangan terbang.

 

Pelbagai strategi dan rahsia memburu tiket murah seperti Error Fares, Hidden City, Back To Back Ticketing dan Throw Away Ticketing menambahkan lagi keserabutan dalam membuat pilihan.

 

Buat mereka yang malas dan tidak mahu peningkan kepala fikir semua ini, anda tidak perlu teruskan bacaan ini. Lebih mudah anda baca 9 Rahsia Memburu Tiket Penerbangan Murah dan terus buat tempahan tiket di Skyscanner ataupun Momondo.

 

Pelbagai strategi dan rahsia memburu tiket murah menambahkan lagi keserabutan dalam membuat pilihan

 

Tetapi jika anda lebih serius, maka teruskan membaca.

 

Sebelum itu mari berkenalan dengan beberapa istilah asas yang digunakan para pemburu tiket murah.

 

Airlines Website – Website syarikat penerbangan yang kebanyakan orang gunakan untuk menempah tiket. Contohnya website AirAsia, MalindoAir dan MalaysiaAirlines.

 

OTA – Singkatan Online Travel Agent. Website ini mengumpulkan harga tiket dari pelbagai syarikat penerbangan dan menjualnya terus kepada anda. Contohnya Expedia, Bravofly, Traveloka dan Edreams.

 

Fare Aggregator & Metasearch Engines – Website ini mengumpul dan membandingkan harga tiket dari pelbagai OTA. Contohnya Skyscanner, Kayak dan Momondo.

 

Flight Deals Website – Website ini dikhususkan mencari tiket penerbangan termurah berdasarkan promosi syarikat penerbangan mahupun Error Fares yang berlaku. Kebiasaannya harga tawaran yang diberi cuma bertahan beberapa hari ataupun jam. Contohnya SecretFlying, Fly4Free dan Travelpirates.

atfd2

Kebiasaanya untuk memburu tiket murah anda perlu bermain dengan tarikh dan destinasi dari setiap Airlines Website, OTA, Fare Aggregator & Metasearch Engines.

Tetapi kini anda tidak perlu lagi bersusah payah seperti dahulu.

Bertepatan dengan namanya, All The Flight Deals (ATFD) akan mengumpulkan kesemua tawaran tiket murah dari pelbagai Flight Deals Website.

ATFD ini baru dilancarkan beberapa minggu. Setelah meneliti dan membuat sedikit kajian mengenai website ini, berikut kesimpulan yang dapat saya rumuskan.

 

KELEBIHAN

 

  • Pelbagai Tempat Perlepasan – Kita boleh pilih dari airport mana untuk berlepas. Sebagai contoh jika kita ingin ke eropah, tidak semestinya kita berlepas dari KLIA. Kita boleh pilih airport lain yang sedia maklum seringkali menawarkan tiket murah ke eropah, seperti Bangkok, Ho Chi Minh, Jakarta dan Singapura.

atfd3

 

  • Destinasi Pilihan – Antara tips dapatkan tiket murah adalah fleksibel memilih destinasi. Kita boleh pilih destinasi berdasarkan benua seperti Asia, Afrika dan Eropah ataupun berdasarkan negara.

 

atfd4

 

  • Percuma – Siapa tak suka benda percuma ? Dah ada pihak yang tolong ‘pening kepala’ untuk kita dan tawarkan harga perkhidmatan mereka secara percuma, nak apa lagi ?

 

  • Langgan Email Mengikut Keselesaan – Sebenarnya anda tidak perlu semak website ini setiap hari. Anda cuma perlu pilih tempat berlepas, destinasi dan kekerapan menerima email. Jika ada tiket murah dikesan, pihak ATFD akan menghantar makluman.

atfd5

 

  • Pelbagai Flight Deals WebsiteATFD mengumpulkan Flight Deal Website dari serata dunia. Antaranya Secret Flying, Fly4free, Travel Pirates, Loyalty Traveler, Airfare Spot, The Flight Deal dan Fare Deal Alert.

 

  • Mudah Dikongsi – Anda mahu rakan kembara ikut serta dalam trip anda seterusnya ? Atau anda ingin jadi ‘hero’ yang menjumpai tawaran tiket penerbangan murah ? Cuma klik butang Facebook, Twitter, Google Plus dan Pinterest yang disediakan.

 

KEKURANGAN

 

  • Destinasi Yang Sedikit Jika Berlepas Dari Asia – Disebabkan kebanyakan pengguna Flight Deal Website datang dari US dan Eropah, maka tawaran tiket murah dari Asia agak kurang berbanding dari sana. Tetapi sisi positifnya kita mungkin dapat kelebihan masa beberapa minit untuk menempah tawaran ini. Kurangnya persaingan antara pengguna memberi kita sedikit kelebihan. Tambahan pula ATFD ini baru dilancarkan maka..shhh…masih ramai yang belum mengetahuinya.

 

  • Tawaran Yang Sudah Tamat Tempoh – ATFD mengumpulkan tiket murah dari pelbagai Flight Deal Website. Maka ATFD perlukan sedikit masa untuk proses mengumpul sebelum paparkannya di website. Kebanyakan tiket murah ini berpunca dari Error Fares atau promosi yang bersifat sementara. Ada yang bertahan beberapa hari, jam, malah sekadar beberapa minit sahaja ! Maka tidak hairan jika kita sering temui tawaran tiket murah yang sudah tamat tempoh.

 

Kebanyakan tiket murah ini berpunca dari Error Fares atau promosi yang bersifat sementara

 

RUMUSAN

 

Pada saya ATFD ini bukanlah website yang perlu kita pantau setiap hari. Berdasarkan pengalaman sebelum ini, saya hanya akan melanggan email website ini mengikut tempat berlepas, destinasi pilihan dan kekerapan menerima email.

 

Biarkan mereka buat kerja mereka dan saya hanya perlu tunggu makluman tiket penerbangan murah dari mereka.

*****

Saya akan ke 17 negara lagi untuk lengkapkan misi 50 negara sebelum 25 tahun. Saya nak ajak beberapa orang untuk ikut serta dalam kembara mega ini.
 
Siapa berminat boleh whatsapp nama, no. tel dan email ke +60134387178 atau PM page Foodpackers
1) HAKUNA MATATA AFRICA – OVERLAND TRIP

+ S.Africa, Namibia, Botswana, Zambia & Zimbabwe
+ 17 Feb – 5 March 2018
+ Kos : RM 5750 shj

Baca detail di sini : http://www.atlasbiru.com/2017/05/28/hakuna-matata-africa-overland-trip/

2) THE ULTIMATE CENTRAL EUROPE TRIP

+ Italy, Switzerland, Liechtenstein, Austria, Germany, Czech Republic, Poland, Slovakia, Hungary, Serbia & Romania
+ 2 – 23 Dec 2017
+ Kos : RM 5750 shj

Baca detail disini: http://www.atlasbiru.com/2017/05/29/backpacking-ke-11-negara-eropah/

3) SCANDINAVIA (Akan di Update kemudian)

4) THE FORGOTTEN EMPIRE TOUR

+ Portugal, Spain, Morocco & Gibraltar
+ 25 Jan – 10 Feb 2018
+ Kos : RM 5750 shj

Baca detail disini: http://www.atlasbiru.com/2017/07/05/the-forgotten-empire-tour/

5) THE MODERN VIKING TOUR (akan di update kemudian)

6) INDOCHINA DISCOVERY

+ Thailand, Cambodia, Vietnam & Laos
+ 12 – 22 Nov 2017
+ Kos : RM 2650 (all in kecuali makan)

Baca detail disini: http://www.atlasbiru.com/2017/07/06/indochinadiscovery/

 

 

2 thoughts on “TRAVEL HACKING : ALL THE FLIGHT DEALS – RAHSIA BAHARU MEMBURU TIKET MURAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *