NORTH PAKISTAN TRIP

Posted on Posted in TRIP
14890554_1598571540451531_3840424633814522853_o

 

A) MAKLUMAT TRIP
B) SEBAB UNTUK JATUH CINTA
C) PETA
D) ITINERARI TRIP
E) TRAVEL LEADER
F) NOTA PENTING

 

A) MAKLUMAT TRIP

 

DESTINASI : Peshawar, Muzaffarabad, Neelum Valley, Murree, Islamabad, Lahore, Wagah

TARIKH : 16 – 26 Disember 2016 (11 hari 10 malam)

GRUP : Maksimum 5 orang sahaja

 

Ground Cost :

  1. RM 2300 – 5 orang
  2. RM 2500 – 4 orang
  3. RM 2700 – 3 orang

 

KOS TERMASUK :
  • Penginapan selama 11 hari 10 malam di hotel.
  • Pengangkutan awam seperti bus dan jeep sewa.
  • Visa Pakistan
  • Airport transfer
  • Farewell Dinner (Barbeque)

 

KOS TIDAK TERMASUK :
  • Tiket penerbangan antarabangsa.
  • Makanan dan minuman.
  • Entrance fee dan aktiviti di sesetengah kawasan.
  • Caj peribadi di hotel seperti panggilan telefon, mini bar dan lain-lain.
  • Insurans perjalanan peribadi.

 

B) SEBAB UNTUK JATUH CINTA

 

  1. Pakistan adalah negara yang masih dianggap RARE dalam kalangan pelancong Malaysia.
  2. Konsep pengembaraan Foodpackers. Foodpackers adalah gabungan perkataan Food dan Backpackers. Antara tujuan utama saya ke Pakistan adalah untuk memburu sebanyak mungkin makanan tempatannya yang pelbagai.
  3. Kawasan Azad Kashmir merupakan salah satu ‘Paradise On Earth‘ yang dipersetujui oleh kebanyakan pelancong.
  4. Kumpulan travel yang kecil (maksima 5 orang) bermaksud anda sentiasa berada di bawah radar keselamatan serta bergerak, makan dan tidur dengan cara penduduk tempatan.
  5. Travel Leader yang berpengalaman luas dalam dunia travel. Pakistan merupakan negara ke 21 yang dijejakinya.

 

C) PETA

pakistanmap

 

D) ITINERARI TRIP

 

Hari 1 : PESHAWAR

Bertolak dari KLIA ke Peshawar dengan menaiki Pakistan International Airline. Selepas mendaftar masuk hotel di bandar tertua Pakistan ini, kita akan ke Qissa Khwani Bazaar dan Ander Sheher Bazaar untuk foodhunting dan melihat budaya masyarakat tempatan. Sebelum pulang ke hotel kita singgah di Masjid Mohabat Khan untuk solat jamak Maghrib dan Isya’.

 

Hari 2 : ISLAMABAD

Selepas sarapan di bazar berdekatan, kita akan menaiki bas ke ibu negara Pakistan; Islamabad. Seusai berehat seketika di hotel, kita ke Pakistan Monument. Di sini kita dapat lihat keseluruhan bandar Islamabad dari ‘bird’s eye view‘. Kemudian kita ke Wax Museum untuk melihat patung lilin tokoh-tokoh Pakistan. Sebelum pulang ke hotel, kita singgah sebentar di Itwar Bazar untuk makan malam.

 

Hari 3 : ISLAMABAD

Bermula jam 8 pagi hingga jam 11 tengah hari, kita akan menghayati budaya dan berinteraksi dengan penduduk tempatan di Sunday Bazar. Kita berehat sebentar untuk tunaikan solat Jamak Zohor dan Asar di Masjid Shah Faisal. Kemudian kita akan kembali ke era pemerintahan Kerajaan Mughal ketika melawat perkampungan lama Saidpur Village. Seterusnya kita bersantai menghirup angin petang serta teh di Daman e Koh dan Margalla Hill.

 

Hari 4 : MUZAFFARABAD

Pagi ini kita bergerak ke Muzaffarabad; ibu negeri Azad Jammu & Kashmir. Kita akan menghayati keindahan utara Pakistan di Neelum Valley yang sangat terkenal. Seterusnya kita ke kubu lama tinggalan kerajaan Mughal, Red & Black Fort.

 

Hari 5 : MUZAFFARABAD

Hari ini kita akan ke Pir Chinasi yang terletak kira-kira 30 KM dari Muzaffarabad. Pir Chinasi merupakan kawasan pergunungan (ketinggian 9500 kaki) yang menjadi tarikan pelancong. Sepanjang perjalanan ke sini, kita akan melalui kawasan pedalaman dan dijamu dengan pemandangan gunung hijau.

 

Hari 6 : MURREE

Dari Muzaffarabad kita akan ke Murree; salah satu destinasi pelancong yang terkenal di utara Pakistan. Saya tidak galakkan anda tidur sepanjang perjalanan kerana anda akan terlepas pemandangan alam semula jadi Pakistan yang memukau. Kemudian kita akan dibawa terbang melalui kawasan hutan dengan menaiki Chair Lift di Pindi Point. Seterusnya kita ber-foodhunting dan window shopping di Mall Road.

 

Hari 7 : MURREE

Hari ini kita akan ke Ayubia National Park. Taman negara ini dikelilingi dengan 7 buah kampung dan 4 buah pekan kecil. Buat siapa yang tidak mampu mendaki kawasan pergunungan salji, anda boleh menaiki Chair Lift untuk ke puncak. Sebelum pulang ke hotel, kita akan singgah sebentar di Kashmir Point untuk bergambar.

 

Hari 8 : ISLAMABAD

Pagi ini kita bertolak pulang ke Islamabad. Di Islamabad kita akan melawat Lok Virsa Museum serta Rose & Jasmine Park. Kita juga akan ke Itwar Bazar untuk foodhunting dan melihat budaya masyarakat tempatan ketika berjual beli.

 

Hari 9 : LAHORE

Kita akan menaiki bas menuju bandar kedua terbesar di Pakistan; Lahore. Kita akan melawat Badshahi Mosque, Minar e Pakistan dan Lahore Museum.

 

Hari 10 : LAHORE

Pagi ini kita akan ke Anarkali Bazar, Lahore Fort dan Shalimar Garden. Kemudian kita ke Wagah Border yang menjadi pemisah antara Pakistan dan India. Di sini kita akan menyaksikan persembahan ‘Wagah Border Closing Ceremony‘ yang terkenal.

 

Hari 11 : PULANG

Terbang pulang ke Malaysia. Anda juga boleh ambil penerbangan ke Malaysia keesokan hari dengan harga tiket penerbangan yang sama.

 

E) TRAVEL LEADER

20160101140432

Saya (Abrar Haron, Penulis) sendiri akan mengetuai trip ini.

Sejak kecil lagi saya sudah mengembara ke seluruh negeri di Malaysia. Setakat ini saya sudah berpengalaman mengetuai beberapa trip ke India, Vietnam, Cambodia, Thailand dan Laos.

Dengan pengalaman mengembara ke 19 buah negara serta pengalaman menetap di luar negara selama 4 tahun; saya akan berikan yang terbaik buat semua.

 

 

 

F) NOTA PENTING

 1) Kita akan mengembara secara backpacking. Kita akan gunakan pengangkutan awan bersama penduduk tempatan. Penginapan pula tidak terlalu mewah dan tidak terlalu murah.

 

2) Setiap travel buddies WAJIB mengambil insurans perjalanan peribadi.

 

Tempat sangat TERHAD. Terbuka kepada 5 orang terawal sahaja. Saya tak mahu ramai sangat. Grup kecil senang nak bergerak dan lebih senang masuk ke kawasan yang jarang pelancong lain masuk.

Sila Whatsapp ke +60134387178, PM Page FB Foodpacker atau terus ke FB saya Abrar Haron maklumat berikut :

  1. Nama
  2. No. Telefon
  3. Email

2 thoughts on “NORTH PAKISTAN TRIP

  1. I always want to travel to pakistan but a bit worried on the safety side. Is it safe to travel there and anymore trips to pakistan?

    1. Pakiatan is really safe n the people really warm n welcoming tourist. Ive been to northen area twice on 2016. N is planning to come again on 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *