SENARAI PENERBANGAN TAMBANG MURAH EROPAH

Posted on Posted in TIPS

flight

 

Kebiasaannya tiket penerbangan merupakan kos terbesar dalam sesebuah trip. Bagi seorang backpacker yang sangat berkira dengan wang yang dikeluarkan, seboleh mungkin kita cuba kurangkan kos penerbangan ini.

Setelah membuat anggaran harga tiket penerbangan ke destinasi yang ingin dituju, kita cuba ‘berbaloi-kan’ penerbangan tersebut dengan pelbagai cara. Antaranya pecahkan satu penerbangan jauh kepada beberapa penerbangan dekat.

Sebagai contoh flight KLM dan MAS menawarkan penerbangan terus ke London. Kita tidak ambil penerbangan ini, sebaliknya kita ambil AirAsia ke Tehran kemudian Aegean Airlines ke London. Dengan harga tiket yang sama (mungkin juga lebih murah !) kita dapat tambah satu lagi destinasi dan koleksi cop di passport.

Izinkan saya beri gelaran kepada teknik ini sebagai teknik ‘tiket lompat’. Tiket lompat ini agak sukar disusun walaupun melalui Skyscanner mahupun Momondo. Kita perlu balik kepada kaedah manual mencari tiket penerbangan. Kita perlu semak tiket dan laluan setiap syarikat penerbangan dari website mereka sendiri.

Berikut saya senaraikan SEBAHAGIAN syarikat penerbangan tambang murah di eropah.

 

ِAirlines Hubs
Aer Lingus Dublin, Shannon, Cork, Belfast
AirBaltic Riga (Latvia)
AirBerlin Beberapa bandar German
Blue Air Bucharest, Bacău (Romania)
Brussels Airlines Brussels
City Jet London City Airpor
Condor Beberapa bandar German
Darwin Airline Geneva, Lugano
EasyJet London, Milan, Berlin, Paris, Liverpool, Geneva dan lain2
Flybe Manchester, Newquay, Exeter, Southampton, London
EuroWings Beberapa bandar German
Helvetic Airways Zürich, Bern
IcelandAir Reykjavik
Jet2 Beberapa bandar Britain
Jetairfly Brussels, Liège, Ostend (Belgium)
Meridiana Olbia, Cagliari (Sardinia); Rome dan beberapa bandar Italy
Monarch Airlines Beberapa bandar Britain
FlyNiki Vienna, Salzburg
Norwegian Oslo, Bergen, Copenhagen, Stockholm, Alicante, and London
Pegasus Airlines Istanbul, Antalya (Turkey)
RyanAir London, Dublin, dan beberapa bandar lain
SmartWings Prague, Ostrava (Czech Republic)
ThomsonFly Connects various British cities to Mediterranean resorts
Transavia Amsterdam, Rotterdam, Eindhoven
TUIfly Beberapa bandar German
Vueling Amsterdam, Florence, Rome dan beberapa bandar Spain
Wideroe Oslo
Wizz Air Budapest dan beberapa bandar Eropah Timur
XL Airways Paris

 

Jom ikut saya travel ke 8 negara eropah tengah selama 21 hari. Boleh klik poster untuk maklumat lanjut. Tempat SANGAT TERHAD. Berbaki 6 slot sahaja lagi.

poster-travel-abrar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *