SENARAI PENERBANGAN TAMBANG MURAH ASIA

Posted on Posted in DESTINASI, TIPS

asiaflights

 

Sebagaimana yang saya katakan dalam post Senarai Penerbangan Tambang Murah Eropah, 'Tiket Lompat' sentiasa menjadi buruan para backpackers yang sangat berkira-kira untuk mengeluarkan duit. Kita usaha sebaik mungkin mencari 'lubang' dan peluang bagi memanfaatkan setiap ringgit yang dikeluarkan.

Sebagai contoh saya pernah ambil 6 kali penerbangan untuk pergi dan pulang ke Malaysia dari Amman, Jordan.

  1. Jordan - Qatar (Qatar Airways, transit)
  2. Qatar - India (Qatar Airways)
  3. India - Malaysia (AirAsia)
  4. Malaysia - India (AirAsia)
  5. India - Saudi (Saudi Airlines, transit)
  6. Saudi - Jordan (Saudi Airlines)

Jangan terkejut jika saya katakan bahawa harga tiket 6 kali penerbangan ini (termasuk transit) lebih murah berbanding harga tiket penerbangan terus dari Jordan ke Malaysia. Dengan menggunakan strategi 'tiket lompat' ini, saya mampu jimat sehingga RM 400 ! (Ini serius. Bukan hiperbola)

Tiket lompat ini agak sukar disusun walaupun melalui Skyscanner mahupun Momondo. Kita perlu balik kepada kaedah manual mencari tiket penerbangan. Kita perlu cari tiket dan laluan setiap syarikat penerbangan dari website mereka sendiri.

Berikut saya senaraikan SEBAHAGIAN syarikat penerbangan tambang murah di Asia.

 

Mari bersama saya jelajah 8 negara eropah tengah selama 21 hari. Tempat SANGAT TERHAD. Berbaki beberapa slot sahaja lagi daripada 12 penyertaan. Klik poster untuk maklumat lanjut.

poster-travel-abrar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *