THE ULTIMATE CENTRAL EUROPE TRIP

Posted on Posted in TRIP

 

NEGARA

Italy, Switzerland, Liechtenstein, Austria, Germany, Czech Republic, Poland, Slovakia, Hungary, Serbia & Romania

 

SEBAB UNTUK JATUH CINTA

  1. Percuma tiket Bernina Express (BE) yang bernilai sekurangnya RM 350. BE yang merupakan salah satu Panoramic Train tercantik di Switzerland akan melalui kawasan pergunungan salji, 55 buah terowong dan 196 buah jambatan.
  2. Hayati ketenangan Hallstatt yang menjadi tarikan utama Austria.
  3. Masa yang panjang di Prague menyempatkan anda hayati keramahan masyarakat Bohemian sambil mengagumi seni bina bandar UNESCO ini.
  4. Mendaki pergunungan Tatra yang diliputi salji dan turun cerun curam dengan menaiki funicular, gondola ataupun electric steam train.
  5. Telusuri sungai kedua terpanjang di eropah (Danube River) sambil mengagumi keindahan seni bina bangunan bersejarah, jambatan serta istana di Budapest.
  6. Kumpulan travel yang kecil bermaksud anda sentiasa berada di bawah radar keselamatan serta bergerak, makan dan tidur dengan cara penduduk tempatan.
  7. Konsep Free & Easy memudahkan pergerakan anda tanpa terikat dengan jadual perjalanan yang rigid.

 

GALERI

 

ITINERARI

(Klik setiap bandar dan tulisan biru untuk baca maklumat terperinci)

Hari 1-3 : Milan
Hari 4 : Tirano, Bernina Express, St. Moritz & Chur
Hari 5 : Chur & Vaduz
Hari 6 - 7 : Innsbruck
Hari 8 - 10 : Salzburg
Hari 11 - 12 : Munich
Hari 13 - 16 : Prague
Hari 16 - 17 : Krakow & Zakopane
Hari 18 - 19 : Vienna
Hari 20 : Bratislava
Hari 21 - 22 : Budapest
Hari 23 - 24 : Belgrade
Hari 25 - 27 : Timisoara

 

HARGA & TARIKH

GROUP A (2 - 28 DEC 2017)
RM 6500 : Tamat di Timisoara, Romania
GROUP B (2 - 23 DEC 2017)
RM 5750 : Tamat di Budapest, Hungary
GROUP C (2 - 17 DEC 2017)
RM 4750 : Tamat di Prague, Czech Republic

 

KOS TERMASUK

  • Penginapan di hotel, apartment dan hostel
  • Pengangkutan awam seperti keretapi, bus, metro, tram dan teksi di antara bandar.
  • 24hr/One Day pass untuk semua jenis Public Transport di setiap bandar.
  • Airport & hotel transfer
  • Tiket Bernina Express Train yang merupakan antara Panoramic Train tercantik di Switzerland.
  • Kos menyimpan bagasi di sebahagian lokasi.
  • Farewell Dinner di Prague (Barbeque)

 

KOS TIDAK TERMASUK

  • Tiket penerbangan antarabangsa.
  • Makanan dan minuman.
  • Entrance fee dan aktiviti di sesetengah kawasan.
  • Excursion ke Venice, Hallstatt & Cesky Krumlov
  • Caj peribadi di hotel seperti panggilan telefon, mini bar dan lain-lain.
  • Insurans perjalanan peribadi.

 

TRAVEL LEADER

20160101140432

Saya (Abrar Haron, Penulis) sendiri akan mengetuai trip ini.

Sejak kecil lagi saya sudah mengembara ke seluruh negeri di Malaysia. Kemudian saya melanjutkan pelajaran di luar negara selama 4 tahun.

Saya sudah berpengalaman mengetuai beberapa trip ke Hungary, Switzerland, Italy, Czech Republic, Austria, Germany, Slovakia, Liechtenstein, India, Vietnam, Cambodia, Thailand dan Laos.

Dengan pengalaman mengembara ke 33 buah negara serta pengalaman menetap di luar negara selama 4 tahun; saya akan berikan yang terbaik buat semua.

 

NOTA PENTING

 1) Kita akan mengembara secara backpacking. Kita akan gunakan pengangkutan awan bersama penduduk tempatan. Penginapan pula tidak terlalu mewah dan tidak terlalu murah.

2) Free and easy. Kami akan sediakan pengangkutan dari hotel ke hotel serta akan membekalkan public transport pass kepada travel buddies. Sebaik sahaja tiba di setiap bandar, travel buddies bebas memilih sama ada mengikut jadual perjalanan tour leader kami atau ingin ke tempat lain berdasarkan kecenderungan masing-masing. Kita akan dibahagi kepada kumpulan yang lebih kecil dan kami akan bantu travel buddies merancang destinasi tersendiri. Kami akan sediakan senarai tempat menarik di setiap bandar. Buat travel buddies yang tidak tahu ingin ke mana, boleh ikut tour leader kami. Tiada cas tambahan dikenakan.

3) Setiap travel buddies amat digalakkan mengambil insurans perjalanan peribadi.

Tempat sangat TERHAD. Saya tak mahu ramai sangat. Grup kecil senang nak bergerak dan lebih senang masuk ke kawasan yang jarang pelancong lain masuk.

Sila Whatsapp ke +60134387178 atau PM Page Foodpacker maklumat berikut :

  1. Nama
  2. No. Telefon
  3. Email

REVIEWS

  • Halimah Abd. Aziz - Pelajar Mesir

21 thoughts on “THE ULTIMATE CENTRAL EUROPE TRIP

  1. Turun di mana. sebab kalau boleh saya tunggu di airport sebab nak guna etihad satff ticket
    Pilih yg No 1

  2. Assalamualaikum.. Sya nk tnya.. Yg tiket antarabangsa tu perlu bli tiket pergi dan balik shj k? Pergerakan antara negara smua gna public transport shj atau kna bli tiket flight lain?

    1. hmmm..rasa macam berat plak. Tapi kalau puan dah biasa naik public transport, boleh jaa nak join. Cuma nanti dari bus/train station ke hotel (setiap bandar) kena jalan kaki dalam 10 minit (ke bawah) sambil bawa beg. Kalau tak larat puan kena naik teksi juga laa.

      April atau May 2018 saya akan bawa kawan2 mak saya travel ke balkan; Bosnia, Croatia, Montenegro & Macedonia. Saya akan drive kereta. Boleh laa nak join kalau belum pernah ke balkan.

  3. Do you run a similar trip in spring or autumn to Central Europe ?
    You did mention a Balkan trip in one of your replies to Sharifah. Do you have an itinary for such a trip (or point me to such a link, if I’m missing something)

    1. setakat ni belum plan lagi untuk repeat trip central europe tahun depan. Tengok dulu keadaan. Ya i.Allah saya akan cover balkan sekitar April – May. Untuk trip balkan saya belum plan lagi. Nanti bila dah siap plan saya email tuan i.Allah

      1. Salam Abrar…
        Kami suami isteri lebih berminat nak ke Balkan dulu… dahbeberapa ketikaj6gaaim nak ke Balkan…kalau boleh kita share info ke Balkan….

        1. wsalam..sekitar bulan 4-6 tahun depan memang saya plan nak bawa kawan2 mak saya ke balkan. Maybe akan cover Bosnia, Croatia, Montenegro, Albania, Kosovo & Macedonia. Saya plan akan drive kereta sewa. Boleh laa kalau nak join sekali.

    1. selebihnya cuma tambah bajet makan, shopping & entrance fee di sebahagian tempat..bajet makan around 10 euro sehari (nak mewah sikit 15 euro ke atas sehari)..entrance fee terpulang masing2 nak masuk mana2 tempat berbayar..macam trip lepas saya masuk 1-2 tempat berbayar jaa (tak lebih 10 euro utk 2 tempat tu)

      senang kira bajet dalam 8.5k ke atas untuk trip 2 minggu lebih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *