THE FORGOTTEN EMPIRE TOUR

Posted on Posted in TRIP

NEGARA

Portugal, Spain, Morocco & Gibraltar

SEBAB UNTUK JATUH CINTA

  1. Hayati kehebatan sejarah Islam & Kristian di Kubu Alhambra yang megah.
  2. Hanyut dalam keenakan Tagine & Couscous serta puluhan street food yang lain di Djemaa el Fna, Marrakech.
  3. Kagumi keindahan Avatar biru Chefchaouen dan telaga warna-warni Fes el Bali.
  4. Sesat dalam pintu rahsia serta terowong tersembunyi di The Quinta da Regaleira, Sintra.
  5. Kumpulan travel yang kecil bermaksud anda sentiasa berada di bawah radar keselamatan serta bergerak, makan dan tidur dengan cara penduduk tempatan.
  6. Konsep Free & Easy memudahkan pergerakan anda tanpa terikat dengan jadual perjalanan yang rigid.

GALERI

ITINERARI

(Klik setiap bandar dan tulisan biru untuk baca maklumat terperinci)

Hari 1-2 : Lisbon
Hari 3 : Sintra
Hari 4-5 : Lagos
Hari 6 : Seville
Hari 7 : Cordoba
Hari 8-9: Granada & Sierra Nevada
Hari 10 : Malaga
Hari 11 : Algeciras & Gibraltar
Hari 12 : Tangier & Chefchaouen
Hari 13-14 : Fes
Hari 15-17 : Marrakech

HARGA & TARIKH

Tarikh : 8 - 24 Jan 2018
Ground Cost per pax : RM 5600 (Berdua)/RM 5750 (Solo)

 

KOS TERMASUK

  • Penginapan di hotel, apartment dan hostel
  • Pengangkutan awam seperti keretapi, bus, metro, tram dan teksi di antara bandar.
  • 24hr/One Day pass untuk Public Transport di setiap bandar kecuali di Morocco.
  • Entrance fee di Palacio Da Pena & The Quinta da Regaleira di Sintra,  La Mezquita & Alcazar de los Reyes Cristianos di Cordoba.
  • Airport & hotel transfer
  • Kos menyimpan bagasi di sebahagian lokasi.
  • Farewell Dinner di Marrakech (Barbeque)

KOS TIDAK TERMASUK

  • Tiket penerbangan antarabangsa.
  • Public transport di setiap bandar Morocco
  • Makanan dan minuman.
  • Entrance fee dan aktiviti di sebahagian tempat.
  • Caj peribadi di hotel seperti panggilan telefon, mini bar dan lain-lain.
  • Visa dan insurans perjalanan peribadi.

TRAVEL LEADER

20160101140432

Saya (Abrar Haron, Penulis) sendiri akan mengetuai trip ini.

Sejak kecil lagi saya sudah mengembara ke seluruh negeri di Malaysia. Kemudian saya melanjutkan pelajaran di luar negara selama 4 tahun.

Saya sudah berpengalaman mengetuai beberapa trip ke Hungary, Switzerland, Italy, Czech Republic, Austria, Germany, Slovakia, Liechtenstein, India, Vietnam, Cambodia, Thailand dan Laos.

Dengan pengalaman mengembara ke 33 buah negara serta pengalaman menetap di luar negara selama 4 tahun; saya akan berikan yang terbaik buat semua.

NOTA PENTING

 1) Kita akan mengembara secara backpacking. Kita akan gunakan pengangkutan awan bersama penduduk tempatan. Penginapan pula tidak terlalu mewah dan tidak terlalu murah.

2) Free and easy. Saya akan sediakan pengangkutan dari hotel ke hotel serta akan membekalkan public transport pass kepada travel buddies. Sebaik sahaja tiba di setiap bandar, travel buddies bebas memilih sama ada mengikut jadual perjalanan saya atau ingin ke tempat lain berdasarkan kecenderungan masing-masing. Kita akan dibahagi kepada kumpulan yang lebih kecil dan saya akan bantu travel buddies merancang destinasi tersendiri. Saya akan sediakan senarai tempat menarik di setiap bandar. Buat travel buddies yang tidak tahu ingin ke mana, boleh ikut saya. Tiada cas tambahan dikenakan.

3) Setiap travel buddies amat digalakkan mengambil insurans perjalanan peribadi.

Tempat sangat TERHAD. Saya tak mahu ramai sangat. Grup kecil senang nak bergerak dan lebih senang masuk ke kawasan yang jarang pelancong lain masuk.

Sila Whatsapp ke +60134387178 atau PM Page Foodpacker maklumat berikut :

  1. Nama
  2. No. Telefon
  3. Email

REVIEWS

  • Halimah Abd. Aziz - Pelajar Mesir

2 thoughts on “THE FORGOTTEN EMPIRE TOUR

    1. sebab berdua senang sikit nak uruskan tempahan hotel semua. Kalau solo saya kena susun bilik mengikut jantina & ada kemungkinan ada yg kena duduk 1 bilik seorang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *