KENALI PENULIS

KENALI PENULIS

Hi. Saya Abrar Haron. Terima kasih kerana sudi singgah di Atlas Biru.

Sejak kecil saya sudah mengembara ke seluruh negeri di Malaysia. Kemudian selama 4 tahun 4 bulan saya lanjutkan pengajian di Syria dan Jordan.

Minat mengembara mula membuak ketika saya tamatkan trip backpacker pertama saya ke 7 buah negara Balkan. Sehingga hari ini saya sudah berjaya jejakkan kaki ke 33 buah negara.

Ada Apa Dengan Atlas Biru ?

Saya sentiasa menganggap bahawa travel adalah sebuah pelaburan. Keuntungan terbesarnya adalah pengalaman berharga yang akan menjadi guru kehidupan.

Oleh itu saya lancarkan Atlas Biru untuk berkongsi pengalaman dan tips travel yang saya pelajari sepanjang pengembaraan. Saya cuba membantu agar trip anda yang seterusnya lebih murah, lancar dan bermakna.

Impian terhampir saya setakat ini adalah untuk jejakkan kaki ke 50 buah negara sebelum berumur 26 tahun. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.